Frigg is a Lifestyle and Entertainment media publication that goes out to the masses via www.frigglive.com. Its content covers verticals such as night life, the theatre and arts, dining and many more entertainment related content.
Wednesday, June 15, 2005
Konsert Akademi Fantasia Percuma
Konsert Akademi Fantasia Minggu Kelima akan diadakan secara terbuka di lokasi luar pada hari Sabtu, 2 Julai 2005, jam 8 malam.
Kemasukan adalah percuma kepada orang ramai! Konsert ini akan dipentaskan di Dataran Putrajaya, Boulevard, Precinct 3, Putrajaya. Tiada had umur untuk menonton konsert ini.
Ini merupakan tanda penghargaan dari pihak Astro diatas sokongan padu yang diberikan oleh peminat-peminat setia Akademi Fantasia.
Bagi kemudahan orang ramai, Express Rail Link Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan
pengangkutan KLIA Transit dari Stesen KL Sentral ke Stesen Putrajaya, dan dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke Stesen Putrajaya.
Harga istimewa dikenakan sebanyak RM10 (dewasa) dan RM 5 (kanak-kanak) bagi setiap perjalanan dua hala. KL Transit akan memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral seawal 5.33 pagi hingga 12.03 tengah malam keesokan harinya. Transit terakhir dari Putrajaya akan bertolak ke KL Sentral pada pukul 2:16 pagi.
Perkhidmatan bas juga disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dari tempat letak kereta awam di Precinct 1 dan Terminal ERL - Putrajaya Sentral-KLIA-Transit di Precinct 7 ke tapak konsert di Dataran Putrajaya. Tambang bagi setiap perjalanan akan dikenakan sebanyak 50 sen untuk orang dewasa dan 30 sen untuk kanak-kanak. Perkhidmatan bas bermula pada jam 3 petang, Sabtu ini.
Orang ramai yang ingin menonton konsert ini diminta datang ke Dataran Putrajaya lebih awal. Datanglah berkelah beramai-ramai di konsert ini ya! Jangan lupa untuk membawa tikar dan makanan ringan bersama anda sambil menonton konsert yang pasti menghiburkan anda!
Bagi minggu-minggu seterusnya, lokasi Konsert mingguan Akademi Fantasia akan diadakan semula di Stadium Malawati Shah Alam seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment