Tuesday, August 24, 2004

Road Closures in KL due to Merdeka Parade Practice

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa laluan jalan akan ditutup untuk membolehkan raptai perarakan dilaksanakan. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah: Jalan Travers dari persimpangan Jalan Travers / Jalan Bangsar (melalui Jalan Damansara, Jalan Sultan Hishamuddin) menghala ke Jalan Raja, ke arah Pusat Bandar sahaja. Turut terlibat adalah Jalan Parlimen dari Jalan Tun Perak ke Bulatan Bank Negara, menghala ke arah Bulatan Bank Negara sahaja. Penutupan ini adalah pada 26, 27 & 28 Ogos 2004 bagi raptai. Manakala pada 31 Ogos 2004 pula adalah perarakan penuh. Penutupan akan bermula dari jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Para pemandu dinasihatkan mengelakkan laluan tersebut pada tarikh-tarikh yang dinyatakan bagi menghindarkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan.

No comments: